Asam Pedas Ikan Pari – Tok Johor Style

Assalamualaikum,

Nyaman layu sungguh suasana hari ni kerana hujan lebat di luar.. Bertambah nyaman bila petang tadi dah bermandikan hujan di tengah jalan.. Sejuk mengigil-gigil pulak sekarang ni. Nampaknya musim hujan dah kembali & aktiviti outdoor kita sedikit sebanyak agak tergantung!

Hari ni kita nak share masakan asam pedas ikan pari. Resepi ni diwarisi dari arwah nenek sebelah ayah yang kita panggil tok johor. Sapa tak kenal Felda Taib Andak kan! tu la kampung kita.. Walaupun arwah ayah dah hampir 10 tahun meninggal, tapi kami tetap balik ke sana hampir setiap tahun. Arwah nenek pun dah lama pergi.. Yang tinggal di Johor & Singapore hanyalah adik beradik sebelah ayah yang sangat baik pekerti & mesra sekali. Walaupun jarang berjumpa, namun sayang tetap di hati..

Rindu pulak pada bau kebun sawit di felda..

Arwah nenek kita boleh dikatakan pandai memasak.. Banyak juga masakan yang mak kita belajar dengan arwah nenek. Yang paling meletup mesti la asam pedas, yang keduanya ialah sambal tumis.

Asam pedas resepi arwah nenek sangat simple and of course kita pun suka asam pedas macam ni.. Tiada jintan bagai, tiada lada hitam, tiada belacan dan bendasing lain macam kebanyakan asam pedas zaman sekarang.

Bahan-bahannya mudah… 3 ulas bawang besar, 4-5 ulas bawang putih, 2 inci kunyit hidup – dihiris-hiris nipis & ditumbuk kasar. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk tadi hingga naik bau.. Kemudian masukkan 2 senduk cili kering yang telah dikisar, tambah sedikit air panas & masak sampai naik minyak. Setelah cili betul-betul masak, masukkan bunga kantan & daun kesum. Kemudian tambah semangkuk air asam jawa (pepandai la korang adjust kemasaman dia), dan tunggu kuah mendidih. Setelah mendidih boleh la masukkan ikan & garam secukup rasa. Bila ikan dah masak, padamkan api.

Kalau takmau makan dengan nasi, cicah dengan lempeng or cucur ikan bilis pun sgt best tau.. ala, orang johor / melaka mesti biasa makan mcmni. Kalau orang utara mostly terkejut kot tgk family kitaorg cicah lempeng or cucur ikan bilis dgn kuah asam pedas. hehe.. dulu-dulu derang tgk family kitaorang makan pisang goreng cicah sambal kicap pun terkejut amat! bab-bab makan ni memang kami universal sket :p

kita masak jugak sayur bayam.. pastu paksa adik-adik kita makan sayur! Siap ugut, kalau ada sapa-sapa tak makan sayur, esok kita mogok masak..

korang try la ugut macam tu.. sure semua orang makan sayur, pastu dapat memupuk semangat makan sayur secara berkeluarga!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *


nine × 4 =

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>