Cheese Baked Lobster

Assalamualaikum,

Memang bersawang habes blog ni kan! Lama sungguh tak update.. Bukan apa, sibuk dengan hal peribadi… jadi masak pun tak bersungguh, apatah lagi nak ambek gambar & upload gambar masakan dalam blog…

Anyway, kita pun dah hampir ke penghujung January 2013.. Sempena birthday my the other half (T.O.H) haritu, kita saja nak masak-masak something special. So i’ve decided to cook lobster! Kita pun call la lukman from Lubuk Lobster. Memandangkan rumah kita & rumah lukman berdekatan, so lukman sanggup buat free delivery terus ke rumah kita. Terkejut tau bila dia bawak dekat 10 ekor lobster besar-besar! Teruja la kita ngan my T.O.H & terus pilih lobster mana yang berkenan di hati.. Ini bukan lobster sabah tapi American Lobster. Harga sgt lah berpatutan / sebenarnya jauh lebih murah dari harga di seafood restaurants dkt semenanjung Malaysia ni. Hanya RM12 per 100gm.

Lukman bagitau kita serba sedikit tips macam mana nak masak lobster ni.. rupanya lobster ni kena masak dengan cara yang betul. Kalau tidak semua isi lobster tu akan cair & tak enak. Kita pun buat jugak research padahal google jer pun on how to cook lobster.

Lepas defroze lobster ni, kita basuh la dia lebih kurang.. Jangan belah lobster ni dulu tau..  kalau isi dia dah expose, nanti semasa proses  memasak isinya akan cair & lebur begitu sahaja. Lepas cuci kita kena stim atau rebus sekejap. Kita rebus dalam air mendidih selama 5 minit, pastu keluarkan. Lepas lobster dah bertukar ke warna merah menyala macam ni, baru la kita boleh belah lobster tu. Time ni isi dia dah SET. Since lobster ni lebih sesuai dimasak ala western, so kita decided untuk masak cheese baked lobster!

Taraaaaa….. mujur la jadi kan… kalau tidak naya jer birthday dinner my T.O.H.  So kami berdua pun makan la dengan gembira! hehehe…

Rasa isi lobster ni memang jauh lagi sedap daripada lobster sabah. Bukan nak promote imported stuff, but i just tell the truth :) Isinya sangat manisssssssssssssss, juicy & nom nom nom…. Bergenang air liurku disaat ini tau! Even my T.O.H pun cakap yang dia tak pernah lagi makan lobster sesedap & sebesar ni.. Sebenarnya, seekor lobster ni (nearly 900gm) boleh makan 3-4 orang, tapi kami makan berdua jer! Betapa berkolestrol nya kami pada malam itu… huhuhu.. Tapi pasti ku beli lagi di masa hadapan!

Lagi satu, isi lobster ni memang banyakkkkkkk! Berusaha gigih la jugak kami berdua nak abeskan.. Takpe, kami memang rajin berusaha!

So kalau ada sesiapa yang nak cuba masak menu berlainan untuk family, memang sesuai la cuba lobster. Jangan malu-malu & anda boleh order terus daripada lubuk lobster.

Selamat mencuba!

Kari ketam dengan Nenas

Assalamualaikum,

Salam Jumaat. Sekejap betul Ramadhan tahun ni kan. Semoga Allah memberikan kesempatan untuk kita memanfaatkan 10 malam terakhir ini sebaik-baiknya.. Next week dah nak balik beraya ke kampung. Tak sabar betul nak balik! Bulan puasa memang kita tak sempat balik sebab sebok mengookies. Rindu betul nak berbuka & bersahur dengan family di kampung.

Macam mana persediaan raya? Untuk kita, memang persediaan raya biasanya dibuat secara sederhana. Begitu juga dengan juadah berbuka.. semuanya kita masak simple-simple jer. Balik kerja memang nadia masak setiap hari, kecuali kalau berbuka di luar seminggu 1-2 kali. Bukan masak sebab rajin sgt, tapi sebab lebih kena dengan tekak sendiri. Kalau beli di bazar, kadang-kadang tak kena dengan selera kita. Bila ada ruang untuk memilih, macam ni la kan! Apapun semua tu adalah nikmat Allah.

Macam mana lah orang2 in the other side of the world yang kebuluran hari-hari tu kan.. hissshhhh.. Most Malaysian termasuk diri comel ini Yang kita tau asyik complaint itu ini, mungkin hidup kita terlalu selesa hingga kadang2 terlupa untuk bersyukur. Takut jugak bila hidup kita diuji dengan kesenangan & keselesaan kan.. Sentiasalah berdoa pada Allah agar hati kita jauh dari sifat sombong, takbur & bermegah-megah. Dunia ini hanya pinjaman.

Setelah membebel panjang lebar, jom tengok kari ketam kita…

korang abaikan la kerak rempah dekat periuk tu! ambek gambar pun dari dalam periuk jer.. hehehe..

Guna ketam bunga, tumiskan hirisan 1 ulas bawang besar (make sure besar) & 2 ulas bawang putih. Masukkan rempah kari daging babas 2 paket kecik dan air secukupnya. Biar hingga rempah tadi pecah minyak & betul2 masak. Lepas tu boleh masukkan santan cair 1 cwn, last sekali masukkan ketam & nenas. Garam pun mesti secukup rasa jgn rasa pulak bulan2 posa ni! Masak hingga kari mendidih & ketam tadi masak sempurna. Tunggu azan dulu, baru makan :)

Selamat mencuba!

Fish Bites with Garlic Bread

Assalamualaikum,

Rabu tanpa kata-kata? Mana boleh! Kalau tak berkata-kata, tak lengkap hidup kita tau…

Last Sunday, my T.O.H pegi kerja & sampai dekat pukul 3 ptg dia tak lunch lagi sebab busy sgt katanya! Kita pulak duduk di rumah untuk mengemas-ngemas… So dah abes keja mengemas, kita pun masak simple-simple untuk dia dan kita skali laaa..

 

Senang, Simple & Jimat!

 

Kita “masak” Pasific West Black Pepper Fish Fillet masak lah sgt kan!  

Then kita buat garlic bread untuk mkn dengan instant mushroom soup. Roti dah ada, so kita just cincang garlic & cilantro campur dengan butter for the garlic spread. Bakar dalam oven pada suhu 200’c selama 10 minit. Buat-buat tak nampak la roti yang terhitam sket tu.. Mushroom soup kita lupa nak ambek gambar..

Pukul 3.40 baru kitaorg lunch sama-sama.. Kejap tak sampai 15 minit licin kauuuu… lapar sgt! hehehe.. Mujur my T.O.H jenis makan yang simple-simple macam ni jer.. kalau tiap-tiap hari nak kena masak nasik dengan 4-5 jenis lauk nnt, jenuh la… huhuhu..

Ok, tu saja cerita untuk hari rabu. Till we meet again :) bye bye

Seafood BBQ

Assalamualaikum.

Lebat betul hujan petang ni.. walaupun cuaca di luar sejuk, gelap & basah tapi hati kita rasa panas!! Kenapa la customer service di Maybank TTDI sgt terukkkk….. nak request bank statement pun officer taknak print sebab busy katanya, siap suruh tunggu 3 working days lagi! Kalau bank lain through my experience, takat bank statement tu terus dia print on the spot jer.. Bukannya free bank statement tu kan.. we pay for the service ok!

Intro lari sungguh daripada tajuk… hehehe.. dah-dah jom tengok seafood BBQ yang kita buat last weekend..

Mussels & Prawn

 

Jom zoom sikit udang-udang itu… isi garlic, butter & cheese.. nyum nyum

 

 

kejam tak kami…korek isi udang itu perlahan-lahan, tiup jika panas & masukkan ke mulut lalu kunyah…

Mangsa-mangsa lain dalam kebakaran tersebut…

Tengok la dekat sikit… sotong sumbat butter, garlic & cheese..

hasil selepas makan udang 1/2 kg… kulit kita tak timbang pulak berapa berat..

saya tak menyesal dapat boyfriend tak mau tengok wayang kalau sebulan 2-3-4-5 kali dia ajak saya buat aktiviti BBQ & suruh saya masak-masak dan masak :)

Ehhh.. Hilang dah panas di hatiku itu… semoga pegawai maybank itu di rahmati Allah. Amin.

Simple Dinner – Grilled Calamari & Prawn with Garlic Butter Cheese

Assalamualaikum,

Tajuk resepi macam apa! hahahaha… saja nak mengada-ngada! Eh, jgn risau.. nama anak nanti kita tak bubuh panjang mcm tajuk resepi tu!

Last friday nadia dgn my T.O.H plan nak keluar dinner. Tp dua-dua org pun tak tau nak mkn apa & nak mkn dkt mana. Kekonon buntulah! :p

Lepas tu my .T.O.H pulak busy yang teramat sgt sekarang ni. Pukul 7 or 8 baru nak balik dari office. It’s Friday & pukul 7++ pm mmg tersangatlah jem kalau di KL ni. Taktau la asal friday jem, asal jem friday! Kalau dah jem mcm tu, mau pukul 9-10mlm pun tak dinner lg.

Nadia decide nak masak jer la for our dinner. 5.30pm keluar drpd office, nadia rush back pegi pasar mlm & terjumpa la sotong dan udang yg sgt fresh! Tak pikir panjang dah, terus beli… Balik rumah, taktau nak masak apa lg ni.. tgk dlm freezer ada benda ni:

Sumber: sini

So nadia pun terpikir nak buat seafood platter! Tp tamau goreng-goreng sbb high calori kannnnn… so nadia oven baked fish fillet ni & grilled sotong dan udang tu.

Cara nak grilled sng jer.. memula kita susun sotong & udang dlm aluminium foil. Dlm pan berasingan, panaskan butter sampai cair & masukkan 3 ulas garlic yg telah di cinicang halus dan goreng hingga kekuningan. Lepas tu masukkan cheese kegemaran anda secukupnya.. Kacau hingga cheese cair. Api kena bukak kecikkkk jer tau. Then tuangkan bahan td ke atas sotong & udang dan tutup foil dan bakar dlm oven.

lepas 15 min, buka foil td & sambung grilled lagi sampai garing tp make sure seafood anda still juicy..

Bila dah siap, nadia off oven & biar derang dok dlm oven supaya kekal panas sementara nak tunggu my T.O.H. sampai… 

gambar ambek cincai sbb dah lapar! My T.O.H didnt care to take the pictures for me.. Dia lapar + penat, laju jer mkn terus! :p Me & my T.O.H suka the sotong sgt!

Makan dengan coleslaw yg nadia buat dalam kekalutan! mmg kenyang amat! Alhamdulillah.